Berita

Dari Pertang ke Rahang bantu mangsa banjir

Sebanyak 35 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan kewangan dan makanan asas

RAHANG: Kejadian banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan sekitar Rasah dan Seremban pada 4 Novermber lepas, turut mendapat perhatian Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof.

Yus Mazmi diiringi Pengerusi MPKK Kampung Semarak, Encik Hassan Hussin telah melawat mangsa banjir di Kampung Semarak, Jalan Tok Ungku dan Kampung Singh.

“Menyedari beban dan kerugian yang ditanggung oleh mangsa banjir, saya telah menyerahkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur kepada mangsa banjir di tiga kawasan perumahan ini.

“Sebanyak 35 keluarga yang kurang berkemampuan yang ditimpa musibah ini menerima sumbangan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk yang terlibat dengan banjir ini.

“Semoga semua mangsa tenang dan tabah menghadapi ujian yang tidak diduga ini,” ujar Yus Mazmi.

Yus Mazmi turut merakamkan penghargaan kepada pasukan bantuan bencana seperti pasukan RELA, badan sukarelawan dan Majlis Bandaraya Seremban yang giat membantu keluarga mangsa banjir untuk membersihkan rumah dan kawasan sekitar

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun juga telah mengumumkan bantuan RM500 untuk semua mangsa banjir,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button