Berita

Dari surirumah kini jadi usahawan

PH GEM: Dari surirumah kini jadi usahawan

 

SEREMBAN: Siapa sangka asalnya sebahagian daripada 18, 046 peserta program Power House Wanita Gemilang (PH GEM) merupakan surirumah yang menguruskan keluarga sebagai seorang ibu dan isteri. Namun, hari ini ada di kalangan mereka sudah bergelar sebagai usahawan yang menjual pelbagai jenis produk.

Haryana Yaacob, dari Sendayan yang sebelum ini seorang surirumah, kini telah mula berkecimpung dalam perniagaan menjual sirih junjung untuk hantaran majlis perkahwinan.

“Selepas menghadiri Kelas Sirih Junjung di bawah program PH GEM, saya kini dapat menjana pendapatan tambahan untuk seisi keluarga.

“Saya ucapkan terima kasih kepada YB Nicole Tan dan Kerajaan Negeri Sembilan kerana memperkenalkan program PH GEM ini.

“Harapan saya semoga pada masa akan datang PH GEM dapat adakan lebih banyak program baru, selain dari apa yang ada sekarang, agar lebih ramai wanita dari Negeri Sembilan mendapat manfaat dari program PH GEM,” ulas beliau.

Rani Ganesan, surirumah dari Felda Sendayan, mula belajar membuat dan menjual kek secara komersial selepas menyertai Kelas Bakeri melalui program PH GEM.

“Saya sebelum ini hanya mengambil tempahan kek untuk saudara mara atau kenalan rapat.

“Selepas menyertai Kelas Bakeri di bawah program PH GEM, saya kini sudah belajar bagaimana membuat dan menjual kek dalam skala yang lebih besar dan secara komersial.

“Program PH GEM ini membantu saya menjana pendapatan dengan membuat dan menjual kek.

“Terima kasih YB Nicole Tan dan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin di atas inisiatif Kerajaan Negeri memperkenalkan program usahawan seperti ini,” kata Rani.

Noraini Ismail dari Bahau yang menjalankan perniagaan menjahit bantal ros dan langsir berkata, pendapatan beliau jauh meningkat selepas menghadiri Program PH GEM.“Saya sememangnya mengambil tempah menjahit bantal ros dan langsir. Jika sebelum ini pendapatan saya paling tinggi dalam anggaran RM700 ke RM800 sebulan.

“Namun, selepas menyertai program PH GEM, saya kini boleh menjana pendapatan sehingga RM1, 500 ke 2,000.“Terima kasih banyak kepada PH GEM, program ini membantu saya menjana pendapatan lebih.“Saya harap PH GEM dapat anjur lebih banyak program seperti ini pada masa akan datang, contohnya jahitan manik dan sulaman,” jelas Noraini.Sementara itu Ketua Penyelia PH GEM, Navamalar Balakrishnan meminta lebih ramai golongan wanita memanfaatkan program PH GEM dengan menyertai program-program yang diadakan.

“Peserta PH GEM ini ada yang sudah menjadi usahawan menjual cendawan dari rumah dan ada juga yang jadi tukang jahit.“Selain belajar membuat, menjual dan menjalankan perniagaan, kita juga menawarkan pelbagai kursus kekeluargaan.“Tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas peserta program, sebaliknya program ditawarkan secara percuma.

“Ambil peluang ini agar dapat manfaat dengan menjana pendapatan atau memperkasakan diri sebagai seorang ibu, isteri dan wanita dalam konteks kekeluargaan,” jelas beliau.Golongan wanita di Negeri Sembilan yang ingin menyertai program PH GEM pada masa akan datang boleh hubungi Penyelia PH GEM di kawasan parlimen masing-masing seperti berikut.Parlimen Rembau: Puan Navamalar Balakrishnan (Merangkap Ketua Penyelia PH GEM); 017-650 0859.

Parlimen Seremban: Puan Salwa Abu Hassan; 016-215 2141. Cik Nurdina Izzati; 017-682 1039.

Parlimen Rasah: Puan Kavita; 010-250 6612. Puan Amni Idris; 017-654 3079.

Parlimen Port Dickson: Puan Joyce Tan; 013-380 9198.

Parlimen Kuala Pilah: Puan Azlinah Zamli; 018-233 6788.

Parlimen Jelebu: Cik Nor Fatihah Mohd Azman; 011-1477 6629.

Parlimen Jempol: Puan Lily Tai; 016-276 2850.

Parlimen Tampin: Encik Lee Koon Chon; 012-305 3778.

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close
Close