Berita

DEEPAVALI: Latif sumbang barangan makanan kepada 250 keluarga Hindu

GEMENCHEH: Seramai 250 keluarga beragama Hindu yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan barangan makanan daripada Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

“Sebanyak 250 keluarga Hindu dari DUN Gemencheh telah menerima sumbangan makanan ini.

“Semoga bantuan ini dapat memeriahkan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini.

“Majlis berlangsung di Balai Raya Kampung Tengah dengan SOP yang ketat,” kata Abd Latif.

Turut hadir Pengerusi MPKK Gemencheh Lama, Encik Talib; Pengerusi MPKK Parit Buluh, Encik Aziz; Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Kuning, Encik Ah Sang; Pengerusi MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Rosiah; Pengerusi MPKK Sri Gemencheh, Encik Zulkifli; Pengerusi MPKK Jelawai, Encik Rahman; Pengerusi MPKK Kampung Tengah, Encik Moktar dan Ahli Majlis Encik Suresh.

Show More

Related Articles

Back to top button