Berita

Dialog bersama GPW dan JKKR Felda Palong 8 mencari kesepakatan

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham mengadakan satu sesi dialog bersama Gerakan Persatuan Wanita Felda (GPW) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Palong 8 untuk mencari kesepakatan dalam usaha menyelesaikan pelbagai isu di tanah rancangan Felda tersebut.

Rebin berkata, dialog yang diadakan di Balai Raya Felda Palong 8 itu telah membincangkan pelbagai isu antaranya berkaitan penggunaan tanah Kerajaan Negeri (untuk projek pembangunan), perumahan Generasi Kedua dan kecerian kampung.

“Saya juga menegaskan bahawa selaku orang perantara Kerajaan Negeri dan rakyat, saya akan meneliti setiap aduan dan pandangan yang diutarakan oleh masyarakat setempat untuk diselesaikan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button