Berita

Dimensi baru pembangunan Sungai Ujong Walk

SEREMBAN: ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan lawatan tinjauan ke Sungai Ujong Walk di sini.

Nicole berkata, tujuan lawatan ini ialah untuk melihat keperluan dan cadangan yang dikemukakan oleh penjaja di Sungai Ujong Walk.

“Antara perkara yang telah dipersetujui bersama adalah untuk menambah dua lagi papan tanda peringatan waktu operasi perniagaan terutama sekali waktu penutupan jalan.

“Beberapa lampu limpah juga dipohon untuk dipasang di sepanjang Jalan Dr.Murugesu.

“Penganjur N9 Sungai Ujong Walk (Kelab) juga memohon tambahan kemudahan sinki tempat membasuh pinggan mangkuk di kedua belah Jalan Dr.Murugesu untuk kegunaan para penjaja.

“Pihak Kelab juga memohon untuk mempelbagaikan kategori jualan selain dari makanan dan minuman (F&B) dan ini termasuk sayur-sayuran, tekstil, kraftangan dan lain-lain lagi,” jelas Nicole.

Menurut Nicole, Kelab mencadangkan suatu pelan unik untuk mewujudkan satu titik tumpuan (centre of attraction) seperti struktur yang bakal mencetuskan daya tarikan fotografi buat masyarakat umum, selain daripada lukisan mural.

“Sesi lawatan ini telah memberikan dimensi baru pembangunan Sungai Ujong Walk pasca pandemik,” ujarnya.

Turut hadir, Penolong Pengarah Kejuruteraan, Encik Suhaimi Alias; Ahli MBS, Encik Chong Say Hoo; Pengerusi Kelab, Encik Jeff Low dan Pengerusi Operasi Kelab, Encik Alex Yeow.

Show More

Related Articles

Back to top button