Berita

Perkhidmatan bas Rentas NS beri manfaat kepada golongan kurang kemampuan

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkesempatan hadir ke sesi taklimat dan lawatan Program Perkhidmatan Bas Luar Bandar Negeri Sembilan (Rentas NS) di Pejabat Daerah Tampin.

Abd Latif berkata, projek perkhidmatan bas henti-henti di Negeri Sembilan merupakan inisiatif yang digerakkan oleh MARA dan Kerajaan Negeri Sembilan.

“MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) merupakan pelaksana dalam menyediakan perkhidmatan tersebut.

“Dalam taklimat tersebut pihak MARA menerangkan laluan bagi Kawasan Gemencheh.

“Antara laluan tersebut adalah Tampin-Gemencheh-Felda Bukit Rokan Utara dan Gemencheh-Felda Bukit Rokan–Jelai-Gemas.

“Semoga dengan inisiatif ini dapat memberi manfaat yang besar kepada mereka yang kurang berkemampuan dan juga golongan pelajar terutama di kawasan Felda,” jelas Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button