Berita

DSAH: Apa yang PH NS buat jauh lebih baik dari BN 60 tahun

Pelbagai inisiatif dan insentif baru telah diperkenalkan

SEREMBAN: Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Sembilan (MPN), YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, apa yang Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan laksana dalam tempoh dua tahun pentadbiran; adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dari apa yang BN buat dalam tempoh lebih 60 tahun pemerintahannya.

“Dalam tempoh 24 bulan, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah melaksana 70 peratus daripada 71 tawaran manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Pelbagai inisiatif, insentif dan program baru telah diperkenalkan untuk rakyat Negeri Sembilan.

“TUNS, PH GEM, bantuan one-off ibu tunggal, bantuan tambang bas sekolah bulanan, perkhidmatan bas awam percuma, kenaikan elaun guru KAFA, bilal serta siak dan bermacam-macam insentif lagi.

“Rakan-rakan Exco saya ada di depan. Rakan-rakan ADUN saya ada di depan. Kita yakin kita mampu pertahankan Negeri Sembilan.

“Kita ada rakan Pengerusi MPKK, Setiausaha MPKK dan Jawatankuasa di seluruh kampung.

“Ini keyakinan kita. Ini sokongan yang kita harus dipertahankan,” ujar Aminuddin dalam Program Jelajah Presiden ke Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban petang kelmarin.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, menyeru kepimpinan MPKK menyantuni penduduk kampung.

“Ketengahkan apa inisiatif, insentif dan program yang kita dah lakukan.

“MPKK kena sampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat atau akar umbi.

“Yang baik kenapa tak ceritakan?

“Alhamdullillah, rakan kita dalam Pakatan Harapan beri kerjasama yang baik, bekerja siang dan malam untuk rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin lagi.

Presiden KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan amanat kepada hadirin.

Turut hadir kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan termasuk Wakil DAP, YB P.Gunasekaren, YB Cha Kee Chin dan YB Teo Kok Seong;

Wakil Amanah, Tuan MK Ibrahim Abdul Rahman, YB Bakri Sawir dan YB Mohd Taufek Abdul Ghani.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan, YB Dato’ M.Ravi; Naib Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan, YB Ismail Ahmad; Ahli MPN, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek dan Senator Dr.Ahmad Azam Hamzah.

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button