Berita

DSAI hulur bakul makanan kepada 200 keluarga terkesan dengan PKP 3.0

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyumbang bakul makanan kepada 200 keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di Port Dickson.

“Sumbangan barangan keperluan dapur ini diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.

“Terima kasih kepada Selasih Aman Sdn Bhd yang menyumbang sejumlah telur ayam yang turut disertakan dalam bakul makanan ini.

“Hampir setiap hari pejabat saya menerima maklumat bahawa ada keluarga yang memerlukan bantuan makanan dan kita berterusan menghulurkan bantuan bakul makanan kepada keluarga yang terkesan dengan PKP 3.0 dan juga keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Semoga usaha ini dapat membawa keberkatan kepada kita semua,” ujar Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button