Berita

DSAI lancar ‘kempen kesedaran vaksin dari rumah ke rumah’

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim melancarkan ‘Pasukan Sukarelawan PD’ yang akan menjalankan kempen kesedaran vaksin dari rumah ke rumah di Port Dickson.

Anwar berkata, kempen ini dilancarkan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima vaksin Covid-19.

“Seperti yang saya jelaskan minggu lalu, Sukarelawan PD ini akan membantu kumpulan sasar seperti warga emas, golongan kelainan upaya (OKU) dan mereka yang tidak mempunyai akses mendaftarkan diri bagi menerima vaksin di aplikasi MySejahtera.

“Selain itu, pasukan ini juga akan menyediakan khidmat pengangkutan percuma kepada kumpulan sasar berkenaan dalam memastikan mereka dapat memenuhi temujanji di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), untuk mendapat suntikan vaksin masing-masing pada masa yang ditetapkan.

“Saya berharap sumbangan kecil ini dapat membantu mencapai matlamat dalam memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima vaksin Covid-19,” jelas Anwar.

Anwar berkata demikian kepada Negeri Kita, selepas menjalankan kempen kesedaran vaksin dari rumah ke rumah bersama Sukarelawan PD di DUN Lukut kelmarin.

Kepada warga Port Dickson yang berminat dengan perkhidmatan yang ditawarkan, boleh lah menghubungi talianHotline Sukarelawan PD: 06-223 0088.

Show More

Related Articles

Back to top button