Berita

Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan menyantuni pimpinan MPKK

LABU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membataskan usaha Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad dalam mendekati serta menyantuni pengurusan MPKK.

Justeru, Ismail telah mengadakan program ‘Majlis Penerangan Negeri bersama Exco Pembangunan Luar Bandar’ bagi setiap kawasan parlimen di Negeri Sembilan secara atas talian menerusi aplikasi Google Meet.

“Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk berbincang mengenai permasalahan atau isu dalam sesebuah kawasan, di samping berkongsi pendapat dan mencari solusi terbaik dalam menangani setiap permasalahan tersebut.

“Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang, bagi memastikan semua pihak sentiasa berkomunikasi dan berkongsi apa sahaja perkara untuk memajukan kawasan luar bandar,” kata Ismail.

Ismail  yang juga ADUN Labu berkata, program yang terbahagi kepada lapan sesi (lapan parlimen) ini telah bermula sejak 9 Julai dan berakhir pada 6 Ogos lepas.

Program ini melibatkan Ahli Parlimen, ADUN, Penyelaras DUN, Penghulu dan MPKK daripada lapan Parlimen seperti sesi berikut:

Sesi 1 – Parlimen Seremban – 9 Julai
Sesi 2 – Parlimen Tampin – 9 Julai
Sesi 3 – Parlimen Jempol – 26 Julai
Sesi 4 – Parlimen Jelebu – 26 Julai
Sesi 5 – Parlimen Rembau – 2 Ogos
Sesi 6 – Parlimen Kuala Pilah – 2 Ogos
Sesi 7 – Parlimen Port Dickson – 6 Ogos
Sesi 8 – Parlimen Rasah – 6 Ogos

Ismail merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen, ADUN, Penyelaras DUN, Penghulu serta kepimpinan MPKK yang telah menyertai program ini dan memberi maklum balas yang cukup baik.

Show More

Related Articles

Back to top button