Berita

DSAI santuni 250 keluarga yang terkesan akibat Covid-19

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sentiasa cakna dengan kebajikan penduduk di Parlimen Port Dickson.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Port Dickson, Encik Ahmad Farhan Fauzi berkata, Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Port Dickson telah menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada masyarakat, agensi dan institusi awam di Parlimen Port Dickson dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

“Justeru, dalam usaha membantu mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19, kita telah menghulurkan bantuan makanan kepada 200 keluarga yang terkesan dari segi pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

“Selain itu 50 keluarga dari Parlimen Port Dickson yang dikuarantin akibat pandemik Covid-19 turut menerima bantuan makanan.

“Terima kasih kepada pihak Pejabat ADUN Bagan Pinang, ADUN Linggi, ADUN Chuah, ADUN Sri Tanjung dan ADUN Lukut serta Sukarelawan PD dalam usaha bersama membantu warga Port Dickson ini,” kata Ahmad Farhan.

Show More

Related Articles

Back to top button