Berita

Gunasekaren santuni penjawat awam sempena Ramadhan

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni kakitangan kerajaan di enam pejabat jabatan kerajaan yang berada dalam DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, beliau mengagihkan buah kurma kepada penjawat awam tersebut sempena sambutan Ramadhan.

“Saya mengagihkan buah kurma kepada Balai Polis Senawang, Balai Bomba Senawang, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Balai Polis Rahang.

“Program agihan buah kurma adalah antara program di bawah DUN Seremban Jaya yang dilaksanakan setiap tahun sempena Ramadhan,” katanya.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Minnal dan Encik Muganthan.

Show More

Related Articles

Back to top button