Berita

DSAI: Selamat Menyambut Hari Thaipusam

Hidupkan kerukunan dan perteguh kasih sayang antara warga.

Walaupun keadaan hari ini tidak membolehkan penganut Hindu untuk mengadakan perarakan seperti selalu tatkala wabak Covid-19 masih menyerang, namun saya percaya kita perlu terus hormati tradisi agama dan budaya masing-masing dan pastikan ia dapat diraikan dalam suasana terkawal dan selamat.

Mari bersama kita, gunakan juga kesempatan ini untuk beri kata-kata indah dan penguat semangat kepada rakan-rakan kita yang beragama Hindu.

Hidupkan kerukunan dan perteguh kasih sayang antara warga.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang
Pengerusi Pakatan Harapan
Presiden KeADILan
Ahli Parlimen Port Dickson

Show More

Related Articles

Back to top button