Berita

DSAI: Deepavali kemenangan keadilan atas kebobrokan

Perayaan Deepavali atau Diwali adalah salah satu bentuk perayaan terbesar yang diraikan oleh penganut Hindu seantero dunia.
Perayaan ini juga dimaknai dengan memasang lampu-lampu dan cahaya yang menerangi jalanan dan rumah-rumah.
Makna besar dari perayaan ini adalah kemenangan cahaya atas kegelapan, benar atas batil, dan juga keadilan atas kebobrokan.
Atas semangat Deepavali juga, kita rakyat Malaysia harus insaf dan segera menghidupkan kerukunan sebagai jaminan kepelbagaian di Malaysia.
Perayaan Deepavali pada tahun ini masih dalam suasana wabak, dan ini semestinya mengesankan aktiviti perayaan.
Saya gesa penganut Hindu untuk terus tabah dan kuat, serta tingkatkan kewaspadaan agar sama-sama kita keluar dari wabak ini dengan jayanya.
Mewakili keluarga majmuk KeADILan saya ucapkan “Deepavali Nal Vaalthukal” kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Presiden KeADILan
Ahli Parlimen Port Dickson
Show More

Related Articles

Back to top button