Berita

Dua beranak strok dan OKU dapat perhatian Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah menziarahi keluarga Encik Rajan Rasuraman di Taman Sri Air Kuning.

Abd Latif berkata, isteri kepada Encik Rajan mengalami mild stroke dan salah seorang anaknya pula OKU (cacat kaki kanan) dan adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada Encik Rajan. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan menceriakan keluarga ini,” ujar Abd Latif.

Projek ternakan ayam kampung dapat bantuan Latif

Sementara itu, Abd Latif menyerahkan dua baucer bagi pembelian peralatan untuk menaik taraf reban ayam dan itik milik Puan Rokiah dan Puan Meri Ghalin.

“Puan Rokiah dan Puan Meri Ghalin mengusahakan ternakan ayam kampung dan itik secara kecil-kecilan dan diharapkan bantuan ini dapat membantu mereka memperbesarkan lagi penternakan ayam kampung dan itik ini,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Parit Buluh, Encik Aziz; Setiausaha MPKK Kampung Baru Air Kuning Selatan, Encik Moriandy; Ketua Cawangan Amanah Air Kuning Selatan, Encik Rosli dan Pegawai Kebajikan Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh, Puan Sasriza.

Show More

Related Articles

Back to top button