Aktiviti

Dua individu terima sumbangan kerusi roda dari Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Tambi telah memberikan sumbangan kerusi roda kepada dua individu di DUN Gemencheh.

Abd Latif berkata, Puan Jariah Parot, 59, dan Puan Noor Hidayah Borhanuldin, 29, terlibat dalam dua kejadian kemalangan yang berasingan.

“Puan Jariah mengalami kemalangan sehingga patah kaki.

“Puan Hidayah merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan terlibat dalam kemalangan hingga bahagian peha beliau patah.

“Sumbangan lampin pakai buang juga turut diberikan kepada beliau.

“Semoga sumbangan kerusi roda ini dapat memudahkan pergerakan mereka,” kata Abd latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Gedok, Puan Aishah Nicca dan Setiausaha MPKK Felda Bukit Rokan Utara, Puan Nor Shahada.

Show More

Related Articles

Back to top button