Berita

Dua keluarga ditimpa musibah dan ujian dapat perhatian Anwar

PORT DICKSON: Dua buah keluarga yang ditimpa musibah dan ujian di Linggi mendapat perhatian Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Anwar diwakili Setiausaha Politik beliau, Encik Farhan Fauzi dan Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menziarahi sebuah mangsa kebakaran yang kehilangan seorang anak berusia tiga tahun di Kampung Telok Pelanduk dekat sini.

Farhan berkata, sebelum ini Anwar sendiri telah menyantuni dan menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga ini.

“Kali ini kami menyumbang dua unit tablet kepada dua orang anak yang masih bersekolah berserta barangan keperluan dapur.

“Seterusnya kami menziarahi lima adik beradik berusia tujuh hingga 23 tahun di Bandar Sunggala yang kehilangan kedua-dua ibubapanya akibat Covid-19.

“Kami menyerahkan dua unit tablet, sumbangan kewangan dan barangan makanan kepada lima adik beradik ini yang kini di bawah jagaan neneknya.

“Semoga kedua-dua keluarga ini diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi ujian yang berat ini,” ujar Farhan.

Show More

Related Articles

Back to top button