Berita

Dua peniaga terima sumbangan barangan niaga dari Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah memberi sumbangan barangan niaga kepada Puan Junita Mokhtar dan Puan Nor Shahira Ibrahim di Felda Palong 2.

Musliadi berkata, sumbangan yang diberikan adalah meja serta kerusi niaga.

“Puan Junita dan Puan Nor Shahira pernah membuat permohonan untuk memiliki barangan tersebut supaya dapat menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing.

“Hari ini saya telah menunaikannya. Semoga kemudahan meja dan kerusi niaga yang disumbangkan ini dapat memudahkan urusan perniagaan mereka berdua,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button