Berita

Dua pesakit kronik terima sumbangan kerusi roda dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyumbang kerusi roda dan lampin pakai buang kepada dua pesakit kronik di Kampung Bukit Tembok.

“Puan Saedah Abu Hassan, 59, mengalami sakit saraf yang menyukarkan pergerakan beliau.

“Encik Azman Mohamed, 52, pula mengalami penyakit kencing manis dan telah kehilangan sebelah kaki beliau yang menyebabkan pergerakan beliau begitu terbatas.

“Semoga bantuan ini dapat memudahkan pergerakan mereka,” ujar Rusli.

Rusli mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Pengerusi MPKK Kampung Bukit Tembok, Encik Mohamad Hashim.

Show More

Related Articles

Back to top button