Berita

Dua pesakit Ortopedik terima sumbangan dari Menteri Besar

Bantu pesakit kurang berkemampuan untuk dapatkan implan Ortopedik

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyampaikan surat kelulusan Bantuan Implan Ortopedik Kerajaan Negeri Sembilan kepada dua orang penerima; Encik Muhammad Zaki Noor Azman dan Encik Chong Yoke Fah.

“Saya difahamkan bahawa Encik Muhammad Zaki telah mengalami patah tulang lengan manakala Encik Chong Yoke Fah mengalami patah tulang kaki.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung serta membantu mereka pulih dari kecederaan dengan sepenuhnya,” kata Aminuddin.

“Bantuan Implan Ortopedik Kerajaan Negeri Sembilan merupakan salah satu insentif yang telah diumumkan dalam Belanjawan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan 2020, dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM500,000.

“Ianya bertujuan untuk membantu pesakit ortopedik yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan implan Ortopedik,” kata Aminuddin.

Surat tersebut telah diterima oleh wakil keluarga masing-masing.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button