Berita

Dua wanita sakit saraf disantuni Rusli

DUN LINGGI: Dua pesakit saraf di DUN Linggi menerima sumbangan kerusi roda dan tongkat dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata, Puan Rohaya Kasim, 50, dari Permatang Pasir yang menghidapi sakit saraf telah menerima sumbangan sebuah kerusi roda.

“Puan Siti Norinin Alias, 45 tahun, dari Tampin Linggi yang juga sakit saraf, menerima sumbangan sebatang tongkat.

“Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi MPKK kawasan masing-masing iaitu Encik Khairulnizam (Kampung Permatang Pasir) dan Encik Mohamad Azman Zakaria (Tampin Linggi).

“Semoga sumbangan ini dapat memudahkan pergerakan harian masing-masing,” ujar Rusli.

Rohaya dan Norinin mengucapkan terima kasih kepada Rusli di atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Show More

Related Articles

Back to top button