Aktiviti

Dua warga emas terima sumbangan kerusi roda dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menziarahi seorang warga emas, Puan Hawiah Basir di Kampung Sungai Raya yang mengalami sakit kaki dan tidak mampu untuk berjalan.

“Tinggal bersama anak dan cucunya, Hawiah memohon sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan harian beliau.

“Alhamdulillah, hari ini saya telah menunaikan permintaan beliau dan beliau kelihatan sangat gembira apabila menerima kerusi roda tersebut,” kata Rusli.

Sementara itu di Taman Bukit Pengkalan Kempas, Rusli menziarahi seorang lagi warga emas, Saudara Ahmad Noor yang baru sahaja menjalani pembedahan batu karang dan tidak dapat bergerak seperti biasa.

“Permohonan beliau untuk mendapatkan kerusi roda, saya tunaikan hari ini di samping bantuan barangan dapur.

“Saya berharap bantuan-bantuan ini sedikit sebanyak akan menceriakan kehidupan mereka di usia emas ini,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button