Berita

Dua warga emas uzur disantuni Latif

GEMENCHEH: Dua warga emas yang menghidapi oenyakit kronik dan keuzuran, mendapat sumbangan lampin pakai buang dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

Abd Latif menyampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada Saudara Razilee Ali dari Kampung Gedok yang mewakili isterinya berusia 47 tahun.

“Isteri Razilee mengalami penyakit misteri. Saya turut menyerahkan sumbangan lampin pakai buang kepada Saudara Buyung Said, 89, dari Kampung Felda Sungai Kelamah yang sakit tua dan keuzuran.

“Semoga sumbangan ini meringankan sedikit perbelanjaan keluarga mereka,” ujar Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Gedok Puan Aishah; Pengersusi MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Rosiah dan Setiausaha MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Sarimah.

Show More

Related Articles

Back to top button