Aktiviti

Dua warga emas uzur terima sumbangan kerusi roda

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyampaikan sumbangan kerusi roda dan bakul makanan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Pengkalan Durian.

Puan Norkiah Ma’asap, 83, mengalami sakit kurang upaya akibat faktor usia. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Kampung Telok Pelandok bersama adik perempuan beliau yang juga seorang warga emas.

Encik Abdul Rahman Sudeen, 64, mengalami sakit lemah sebelah badan (minor stroke). Beliau dijaga oleh isteri dan anak-anaknya.

“Saya menyerahkan sumbangan kerusi roda dan bakul makanan kepada Puan Norkiah dan Encik Abdul Rahman

“Saya berharap sumbangan yang diserahkan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka,” kata Rusli.

 

Show More

Related Articles

Back to top button