Berita

DUN Palong tidak ketinggalan dalam pembangunan ekonomi

RM369 ribu telah dibelanjakan untuk pembangunan usahawan DUN Palong

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan tidak pernah melupakan pembangunan usahawan di kawasan luar bandar termasuk di kawasan Felda seperti di DUN Palong.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr, Mohamad Rafie Abd Malek (Ampangan – Pakatan Harapan) berkata; usaha untuk melahirkan dan memperkasakan usahawan sederhana dan kecil dilaksana di seluruh Negeri Sembilan.

“Tidak kira sama ada di kawasan bandar, separa bandar, mahupun luar bandar; Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mahu memperkasakan sektor ekonomi di seluruh Negeri Sembilan.

“Justeru, DUN Palong juga tidak ketinggalan mendapat manfaat dari usaha ini,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata, antara bantuan dan insentif daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang telah disalurkan bagi membantu usahawan di kawasan DUN Palong adalah seperti berikut:

Jabatan Pertanian Negeri Sembilan:

a) Pembekalan peralatan berjumlah RM55,000
b) Naik taraf bengkel berjumlah RM90,000
c) Pembungkusan dan label berjumlah RM10,000

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan:

a) 11 penerima di DUN Palong dengan jumlah pemberian geran sebanyak RM33,000

SME Corp Negeri Sembilan:

a) Sebanyak RM166,450 bagi tujuan peningkatan pembungkusan, pensijilan, pembelian mesin dan peralatan serta pengubahsuaian premis di bawah Program Pembangunan PKS Bumiputera (BEEP).

b) Bantuan geran sebanyak RM15,000 dan juga bimbingan berterusan daripada Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera 5.0 (TUBE 5.0).

Industri kecil sederhana yang terdapat di DUN Palong adalah seperti berikut:

1. Tanaman cili fertigasi
2. Perkhidmatan spa bergerak
3. Kedai makan
4. Kedai Runcit
5. Kraftangan
6. Bakeri
7. Andaman dan Gubahan
8. Kimpalan
9. Perkhidmatan menggunting rambut
10. Perusahaan Makanan Sejuk Beku
11. Anak pokok
12. Jahitan
13. Makanan Kesihatan
14. Perusahaan Kolam Pancing

Mohamad Rafie memberikan jawapan sedemikian bagi soalan lisan YB Mustapha Nagoor (Palong – BN) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14, kelmarin.

Mustapha meminta senaraikan jenis-jenis industri kecil sederhana yang terdapat di DUN Palong dan apakah bantuan yang telah disalurkan serta insentif yang disediakan bagi membantu usahawan ini.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button