Berita

DUN Pertang: 34 pelajar miskin terima Bantuan Anak Sekolah

Seramai 20 asnaf turut menerima sumbangan dari Yuz Mazmi

PERTANG: Seramai 34 orang murid yang terpilih dari DUN Pertang menerima Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) sebanyak RM300 setiap seorang dari Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof.

Bantuan ini telah dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun pada Mac 2019 selaras dengan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup keluarga miskin.

“Penyerahan bantuan pada hari ini adalah Fasa 1 dan penyerahan untuk Fasa Kedua pula selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

“Diharapkan bantuan tambang bas dan van sekolah ini dapat meringankan beban kewangan ibubapa pelajar dan seterusnya memastikan anak-anak ini hadir ke sekolah.

“Semoga Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan diurus tadbir dengan baik di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan boleh membantu lebih ramai lagi pelajar miskin di Negeri Sembilan,” kata Yus Mazmi.

Majlis Penyampaian Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) kelolaan Pejabat Penyelaras DUN Pertang bersama MPKK Kampung Petaseh ini berlangsung di Dewan Besar Kampung Petaseh.

Sementara itu Yus Mazmi turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 20 orang asnaf dari Kampung Petaseh dan Kampung Kerangai.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ketua Balai Polis Pertang, SM Osman Awang Ahmad; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Petaseh, Tuan Muhammad Sanusi Jamaluddin; Imam Masjid Kampung Petaseh, Tuan Zulkefly Harun; Pengerusi dan Setiausaha MPKK DUN Pertang dan petugas RELA Daerah Jelebu.

Yuz Mazmi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.

Foto: Suhaila

Show More

Related Articles

Back to top button