Berita

Empat adik beradik yatim piatu disantuni AMK Negeri Sembilan

MAMBAU: Empat adik beradik yatim piatu yang kehilangan ibu dan bapanya dalam satu kemalangan jalan raya pada 22 Ogos 2020 di Mambau, disantuni Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Sembilan.

Naib Ketua AMK Negeri Sembilan, Saudara S.Sugumaran berkata, pada bulan Ogos 2020, beliau telah menziarahi empat adik beradik tersebut yang dijaga oleh datuknya, Encik Mohamed Amin Hashim.

“Saya mendapatkan sumbangan kewangan daripada ADUN Mambau, YB Yap Yew Weng kepada keluarga ini.

“Selain itu saya juga merujuk kes ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan kepada anak-anak Allahyarham yang masih kecil dan bersekolah.

“Setelah beberapa bulan, permohonan ini telah diluluskan. Maka saya sekali lagi bersama YB Yap telah menyampaikan slip kelulusan JKM kepada Encik Mohamed Amin.

“ADUN Mambau juga berjanji akan menghulurkan sumbangan kewangan untuk perbelanjaan persekolahan kanak-kanak tersebut,” kata Sugumaran yang juga merupakan Pegawai Penyelidik kepada Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button