Berita

Keselamatan penduduk Taman Tan Chee Hoe undang kerisauan: GUNASEKAREN

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi meninjau tebing longkang dan jalan yang alami kerosakan serius.

Gunasekaren berkata, kerosakan tebing jalan tersebut sudah menghampiri rumah penduduk sekitar dan berkemungkinan besar akan mendatangkan masalah yang lebih serius.

“”Saya juga turut mendapati terdapat retaining wall yang retak dan monsoon drain yang alami kerosakan hingga menyebabkan aliran air tidak sempurna kerana pasir dan sampah sarap tersekat di laluan monsoon drain yang pecah.

“Aduan telah saya panjangkan kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk tindakan susulan kepada Jabatan Kejuruteraan MBS.

“Saya berharap agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan sebarang kemungkinan aspek keselamatan penghuni rumah,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button