Berita

Empat belia tani Seri Menanti terima bantuan kewangan

SERI MENANTI: Empat usahawan tani dari Kampung Kuala Talang menerima sumbangan kewangan RM500 setiap seorang dari Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Shahran berkata, ini adalah bantuan kewangan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang pertanian.

“Muhammad Azrul Rusli mengusahakan penyemaian anak pokok durian, betik, cili api bara, cili api kampung dan terung.

“Manakala Muhammad Fajrul Islam Nadzri pula mengusahakan sayur-sayuran dengan kaedah sistem fertigasi meja.

“Sementara Hafiz Mohammad Shah dan Mohammad Dehya Nadzri, mengusahakan cili api secara fertigasi.

“Diharapkan bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu empat anak muda ini dalam pembangunan tapak projek dan pembelian peralatan tanaman,” kata Shahran.

Shahran berharap usaha empat belia ini terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain untuk bergiat dalam industri pertanian.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang meluluskan permohonan ini,” ujar Shahran.

Turut hadri dalam majlis ringkas penyerahan cek di Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti, Pengerusi MPKK Kampung Kuala Talang, Encik Rosli Amir.

Show More

Related Articles

Back to top button