Empat ibu tunggal Sungai Lui terima Bantuan Ibu Tunggal C4U


SUNGAI LUI: Empat ibu tunggal dari DUN Sungai Lui menerima Bantuan Ibu Tunggal Care For You (C4U IBU TUNGGAL) daripada Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman.
“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah mengumumkan inisiatif C4U IBU TUNGGAL semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2019 dengan menetapkan pemberian khas one-off sebanyak RM200 kepada setiap ibu tunggal yang berdaftar dengan e-Kasih.
“Empat penerima bantuan ini dari Felda Sungai Lui.
“Semoga bantuan ini meringankan beban kewangan yang ditanggung dan membantu keperluan sara hidup ibu tunggal,” ujar Saiful Bahri.
Turut hadir, Pegawai Pejabat Daerah Jempol, Puan Chitra; Pemangku Penghulu DUN Sungai Lui, Encik Nizam dan Pengerusi MPKK Felda Sungai Lui, Encik Abu Bakar.