Berita

Empat keluarga dikuarantin Covid-19 terima bantuan makanan dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren menyampaikan sumbangan barangan makanan kering dan basah kepada empat keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Taman Seremban Jaya dan Taman Bukit Sri Senawang.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik S.Mugunthan dan Encik P.Minnal.

“Sebaik sahaja menerima maklumat dari Pengerusi KRT Fasa 9, Encik Shaari; kami mewakili Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya telah turun padang dengan menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga yang dikuarantin.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban empat keluarga ini yang tidak dapat keluar dari rumah,” kata Jamilah.

Gunasekaren menyeru masyarakat menitikberatkan faktor kesihatan, sentiasa berjaga-jaga dan tidak berada di kawasan sesak jika tidak ada keperluan.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi SOP agar kita sama-sama dapat memutuskan rangkaian penularan jangkitan Covid-19 yang terus mengganas dan mengancam nyawa,” ujar Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button