Berita

Empat keluarga mangsa ribut dapat perhatian segera Aishah

GEMAS: Empat keluarga yang bumbung rumahnya diterbangkan angin ribut, mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman.

Siti Aishah berkata, kejadian hujan lebat serta angin kencang menyebabkan sebahagian bumbung empat buah rumah di Felda Pasir Besar telah rosak teruk.

“Saya dan Penolong Pegawai Daerah Gemas, Encik Salahuddin Sanusi telah melawat rumah yang terjejas.

“Kerja-kerja membaik pulih sedang berjalan lancar dan akan siap sepenuhnya hari ini (Rabu),” kata Siti Aishah.

Salah seorang mangsa, Puan Ruzilah Abdul Rahman, 49, mengucapkan terima kasih kepada Siti Aishah di atas bantuan segera menggantikan bumbung rumah yang baru.

“Semua bumbung di bahagian dapur rumah saya diterbangkan angin kencang.

“Terima kasih kepada Puan Siti Aishah yang mengambil tindakan segera menggantikan bumbung baru,” ujar Ruzilah.

Turut hadir, Penghulu Mukim Gemas, Encik Rosdi Yunos.

 

Show More

Related Articles

Back to top button