Berita

Empat pelajar IPTA dan tiga ibu tunggal terima bantuan kewangan

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren menyampaikan insentif kewangan kepada tujuh individu dari DUN Seremban Jaya.

“Saya menyampaikan Insentif Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada empat pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT.

“Saya berharap anak-anak saya belajar bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, berjasalah kepada ibubapa anda yang banyak berkorban sepanjang hidup semasa membesarkan anda semua,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren turut menyampaikan bantuan kewangan di bawah program Care For You (C4U) Ibu tunggal kepada tiga ibu tunggal yang kurang berkemampuan.

“Kedua-dua bantuan kewangan ini adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu para penerima,” ujar Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button