Berita

Empat pelajar kurang kemampuan terima ‘tablet’ dari Ravi

SRI TANJUNG: ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi telah menyumbang ‘tablet’ (peranti pintar) kepada empat pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dari DUN Sri Tanjung.

Ravi menyerahkan ‘tablet’ kepada Adik Mugilan Gunasegaran, 16 tahun; Adik Intan Auni Sufia, 17; Dinesh Nair, 16 dan Muhammad Nur Haris 17 tahun.

“Sumbangan ‘tablet’ ini diharapkan dapat memudahkan para pelajar meneruskan pembelajaran secara talian (online) dari rumah .

“Ia amat perlu agar lebih banyak pelajar mempunyai peralatan yang mencukupi untuk pembelajaran dalam talian,” kata Ravi.

Semua pelajar yang menerima sumbangan tablet mengucapkan terima kasih dan gembira dengan pemberian Ravi.

Show More

Related Articles

Back to top button