Berita

Enam keluarga dikuarantin terima bantuan makanan dari Latif

GEMENCHEH: Seramai enam keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Kampung Air Jernih dekat sini, menerima bantuan makanan basah dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi.

“Saya menyedari kesukaran yang dihadapi oleh enam keluarga ini kerana dikuarantin akibat Covid-19.

‘Justeru, saya menyumbang bantuan makanan basah dan ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini,” kata Abdul Latif.

Abdul Latif turut berkesempatan menziarahi Saudara Mohd Fadli Mohd Akhuruddin yang sakit terlantar akibat komplikasi kencing manis di Kampung Jelawai.

“Saya telah menyampaikan sumbangan dua beg lampin pakai buang, bakul makanan dan bantuan kewangan bagi perbelanjaan harian beliau.

“Saya akan beli sebuah katil mudah laras dalam masa terdekat untuk kegunaan Mohd Fadli,” ujar Abdul Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button