Aktiviti

ERAT@NS: Rais santuni 100 keluarga kurang kemampuan

SENALING: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyatnya.

Justeru, di bawah program ERAT@NS, Kerajaan Negeri melalui Penyelaras DUN telah mula mengedarkan barangan keperluan asas harian seperti beras, gula, tepung dan susu kepada golongan kurang berkemampuan.

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Rais Basiron telah menyerahkan sumbangan ini kepada enam keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Terusan Seberang.

“Secara keseluruhannya sebanyak 100 set barangan keperluan asas ini telah diagihkan di seluruh DUN Senaling.

“Terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Semoga sumbangan ini meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan

Penerima bantuan mengucapkan terima kasih dan terharu di atas bantuan yang dihulurkan.

Turut serta dalam program ini Pengerusi MPKK Kampung Terusan Seberang, Encik Fadil Mohd Noor; Pengerusi MPKK Kuala Rembang Panas, Encik Kadir Bador dan Pegawai Biro Kebajikan Pusat Khidmat Rakyat DUN Senaling, Puan Zarina Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button