Aktiviti

ERAT@NS: Shahran agih barangan keperluan asas kepada 100 keluarga

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah mengagihkan barangan keperluan asas kepada 100 keluarga kurang berkemampuan di DUN Seri Menanti.

“Barangan ini adalah sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah inisiatif ERAT@NS berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan susu kepada golongan yang kurang berkemampuan.

“Seramai 100 keluarga akan menerima bantuan ini. Agihan fasa pertama telah dimulakan di Kampung Sikai, Kampung Gunung Pasir, Kampung Mertang dan Kampung Pulau.

“Semoga sumbangan ini meringankan beban kewangan keluarga tersebut,” kata Shahran.

Shahran berkata, agihan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut MPKK masing-masing dengan mematuhi SOP pencegahan pandemik Covid-19.

Turut hadir Pengerusi MPKK DUN Seri Menanti, Wanita KeADILan DUN Seri Menanti dan AMK DUN Seri Menanti.

Show More

Related Articles

Back to top button