Berita

Aishah sumbang RM6,000 kepada SK Kampung Ladang

GEMAS: Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang telah menerima sumbangan kewangan berjumlah RM6,000 daripada Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman.

Siti Aishah berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak sekolah memasang tv pintar di kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

“Semoga sumbangan ini dapat membantu pelajar di sini untuk lebih fokus ketika sesi pembelajaran.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meluluskan peruntukan ini,” kata Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button