Berita

Fahmi: Promosi Negeri Kita dan Nogori Kito

Jadikan sebagai sumber maklumat tepat kepada rakyat

SEREMBAN: Pengarah Komunikasi KeADILan, YB Fahmi Fadzil menyeru anggota KeADILan Negeri Sembilan mengikuti dan membaca portal Negeri Kita dan akhbar Nogori Kito, selain mempromosi kedua-dua medium media tersebut.

“Saya sempat melayari portal negerikita.org dan akhbar Nogori Kito sebentar tadi.

“Saya dapati pengisian Negeri Kita dan Nogori Kito sangat bagus tentang inisiatif, insentif dan program Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Seharusnya kepimpinan dan anggota KeADILan Negeri Sembilan menjadikan portal dan akhbar ini sebagai sumber penyampaian maklumat tepat kepada rakyat marhaen.

“Sokong dan promosilah portal Negeri Kita dan akhbar Nogori Kito yang membantu penerangan KeADILan dan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,” kata Fahmi.

Fahmi berkata demikian dalam Program Jelajah Presiden KeADILan ke Negeri Sembilan di Klana Resort Seremban petang kelmarin.

Terlebih dahulu Pengarah Strategik KeADILan, YB Sim Tze Tzin memberi taklimat tentang strategi dan mekanisme menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, sekiranya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

“Lupakan kemenangan Pilihan Raya Ke-14. Setiap pilihan raya adalah berbeza.

“Sentiasa berfikiran positif. Santuni rakyat dan ceritakan kebaikan yang Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan buat untuk rakyat Negeri Sembilan,” ujar Sim.

Show More

Related Articles

Back to top button