Berita

Food Bank DUN Rahang bantu 400 keluarga terkesan dengan Covid-19

RAHANG: Program Food Bank DUN Rahang telah mula mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 400 keluarga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan yang dikuarantin akibat Covid-19.

ADUN Rahang YB Mary Josephine Prittam Singh berkata, program ini adalah satu inisiatif Pusat Khidmat Rakyat DUN Rahang dengan bekerjasama Pertubuhan Muhibah dan Aman Negeri Sembilan (PERMANIS).

“Agihan sejak hari Sabtu lalu dibuat menerusi lapan MPKK dan KRT di bawah DUN Rahang. Pada minggu ini, kami telah menyediakan terung, bawang, garam, roti, mee segera dan kepingan ikan masin untuk diagihkan kepada penerima,” kata Mary Josephine.

Presiden PERMANIS, Encik Lawrence Fah menyeru kepada orang awam agar menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk barangan atau kewangan.

“Saya berharap dalam waktu pandemik ini, rakyat dapat membantu rakyat untuk meneruskan kehidupan,” ujar beliau.

Sebarang pertanyaan berhubung sumbangan, boleh hubungi Lawrance di talian 012-6759813.

Show More

Related Articles

Back to top button