Berita

Gaji MB dan Exco Negeri Sembilan dipotong 10 peratus

Loke: Ada negeri lain naikkan gaji MB, Exco dan ADUN. Beli kereta baru

SEREMBAN: ADUN Chennah, YB Loke Siew Fook (Pakatan Harapan) memuji langkah penjimatan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang memotong gaji YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan barisan Ahli Exco untuk enam bulan.

Loke berkata, beliau mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (Sikamat – Pakatan Harapan) kerana mengambil keputusan yang sangat baik.

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memotong sebanyak 10 peratus daripada gaji bulanan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan Yang berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama enam bulan, bermula bulan Januari hingga Jun 2021.

“Ini adalah satu tindakan yang sangat murni kerana ini menunjukkan bahawa YAB Menteri Besar mentadbir Negeri Sembilan dengan kepimpinan melalui teladan.

“Ini menunjukkan teladan yang baik kerana ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri peka, sensitif dan ada semangat kepedulian kepada rakyat. Memahami kesusahan rakyat.

“Walaupun 10 peratus itu bukannya angka yang sangat besar tetapi itu adalah satu simbolik kepimpinan negeri kita bersama-sama solidariti dengan rakyat yang susah,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Contoh yang sangat baik dan terpuji

Loke turut membuat perbandingan dengan sebuah negeri yang lain dalam keadaan wabak Covid-19 sekarang ini.

“Ada (negeri) yang menaikkan gaji menteri besar dan ahli-ahli exco.

“Ada sebuah negeri yang baru-baru ini menaikkan gaji dan elaun Menteri Besar, Exco dan juga ADUN.

“Ada juga satu negeri membeli kereta baru untuk ahli Exco-Exco mereka.

“Tetapi kita berterima kasih, bahawa di Negeri Sembilan tidak ada keputusan seperti itu ketika menghadapi wabak Covid-19

“Satu contoh yang sangat baik yang saya ingin puji dan war-warkan kepada orang ramai,” ulas Loke lagi.

Loke berkata demikian dalam ucapan perbahasan di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14, kelmarin.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button