Berita

Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru Rahang siap dinaik taraf

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mengadakan lawatan tinjauan kerja-kerja membaik pulih Gelanggang Bola Keranjang di Kampung Baru Rahang; di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) DUN Seremban Jaya.

Projek kecil ini merupakan salah satu daripada projek PEMERKASA yang telah diluluskan untuk DUN Seremban Jaya.

“Gelanggang bola keranjang yang ditunggu-tunggu oleh golongan remaja di kampung ini akhirnya siap juga untuk digunakan bagi aktiviti sukan dan beriadah.

“Kerja-kerja yang dilaksanakan di bawah projek PEMERKASA adalah bersifat membaik pulih infrastruktur sedia ada dan kini nampak lebih sempurna dari dahulu.

“Kesemua 15 projek PEMERKASA membaik pulih dan menyelenggara di bawah DUN Seremban Jaya telah siap dilaksanakan demi manfaat masyarakat setempat,” kata Gunasekaren.

Turut bersama dalam lawatan ini Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Encik Azim dan Encik Sharin Kamaruzaman serta Penghulu Rasah, Encik Syafi.

Show More

Related Articles

Back to top button