Berita

GEMAS: 120 pelajar kurang kemampuan terima sumbangan ‘tablet’ dari Aishah

Gemas: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Othman@Seman menyumbang 120 unit ‘tablet’ (peranti pintar) kepada pelajar yang kurang berkemampuan di DUN Gemas.

“Seramai 120 pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan di DUN Gemas menerima sumbangan tablet dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini.

“Tablet diserahkan dengan konsep ‘door to door’ di mana saya sendiri pergi ke rumah penerima untuk menyerahkan ‘tablet’ tersebut. Ini adalah bagi mematuhi SOP Covid-19.

“Gunakan tablet ini sebaik mungkin dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh agar dapat membantu keluarga kelak,” ujar Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button