Berita

Gemas: 25 keluarga mangsa banjir disantuni Aishah

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman menyantuni dan menghulurkan sumbangan kewangan dan makanan kepada 25 keluarga yang terlibat dengan kajadian banjir di Felda Jelai 4 di sini.

“Saya telah meninjau keadaan 25 buah rumah yang dilanda banjir kilat malam kelmarin di Felda Jelai 4 dan saya memberi sumbangan kewangan dan barangan keperluan harian kepada semua mangsa banjir.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak meringan beban yang ditanggung mangsa banjir,” kata Aishah.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan beberapa orang sukarelawan turut membantu membersihkan rumah mangsa banjir.

Show More

Related Articles

Back to top button