Aktiviti

Gemas: 61 pengusaha sawah terima bantuan baja dari Rusnani

Bantuan disampaikan oleh Ismail

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas,Puan Rusnani Saring telah merangka satu Lawatan Kerja Sehari Bersama Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Ismail Ahmad Di DUN Gemas.

Sesi lawatan yang pertama adalah Majlis Penyerahan Baja Buah kepada 61 orang peserta dan pengusaha Sawah di Kampung Londah yang telah diadakan di Pusat Pengumpulan Baja Kampung Londah.

Bantuan baja oleh Pejabat Penyelaras DUN Gemas ini disampaikan oleh Ismail. Ismail turut menyampaikan satu unit pam racun (Mist Blower) kepada Encik Mohd Zairus Hamid di bawah skim bantuan MyGap Jabatan Pertanian Tampin.

Ismail diiringi kumpulan konvoi bermotor dibawa melihat kawasan sawah padi, cadangan tapak perlancongan perikanan dan melihat rumah pam di kawasan berkenaan.

Pengusaha sawah padi di Kampung Londah, di bawah seliaan Jabatan Pertanian Daerah Tampin.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Puan Umi Umairah Kassim; Ketua Balai Polis Gemas, Tuan Mohd Rodzi Masa’at; Pegawai Jabatan Perikanan Daerah Tampin, Encik Ramli; Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Gemas; Encik Azmi Mansor; Pegawai Jabatan Agama Islam Daerah Tampin, Ustaz Mohd Hilal; Penolong Jurutera Pejabat Daerah Kecil Gemas, Encik Nor Erman, Pengerusi Peserta Sawah Kampung Londah, Encik Norazmi dan kepimpinan MPKK DUN Gemas.

Show More

Related Articles

Back to top button