Berita

GEMAS: Aishah santuni waris mangsa lemas

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman telah menziarahi waris mangsa lemas Allahyarham Muhamad Arfah, 23, di Kampung Ulu Ladang di sini.

Menurut Siti Aishah, Allahyarham Muhamad Arfah tergelincir ketika sedang menjala ikan di Sungai Gemencheh dalam kejadian 6.30 petang pada 20 Julai lalu. Pihak bomba menemui mangsa pada jam 12.30 malam.

“Saya juga menyantuni waris seorang warga emas Allahyarhamah Awee Yahmah yang meninggal dunia akibat sakit tua dari kampung yang sama.

“Saya menyampaikan sumbangan kewangan kepada waris kedua-dua keluarga tersebut,” ujar Siti Aishah.

Turut hadir, MPKK Kampung Ulu Ladang, Encik Jemadi.

Show More

Related Articles

Back to top button