Aktiviti

Gemas: 14 pelajar IPT terima Bantuan Sara Hidup Anak Negeri Sembilan

Sumbangan cek bernilai RM1,200

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring menyantuni dan menyampaikan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan kepada 14 pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPT) dari DUN Gemas di Pejabat Penyelaras Dun Gemas.

Majlis disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Dr Hasan Bahrom.

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan merupakan satu inisiatif daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan mahasiswa dari Negeri Sembilan yang menuntut di IPT di seluruh negara.

“Mahasiswa dari keluarga yang kurang berkemampuan akan menerima bantuan ini sebanyak RM100 sebulan.

“Namun, pada hari ini kita telah menyerahkan cek bernilai RM1,200 iaitu jumlah bantuan untuk 12 bulan.

“Objektif penyampaian bantuan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan mahasiswa dan ibubapa.

“Selain itu, bantuan ini juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan terhadap masalah rakyat,” jelas Rusnani.

Rusnani menasihatkan penerima bantuan ini agar memanfaatkan bantuan dengan sebaik mungkin.

“Syabas dan tahniah kepada Yayasan Negeri Sembilan di atas usaha menjaga dan mengambil berat kebajikan mahasiswa anak Negeri Sembilan,” ulas Rusnani.

Turut hadir Naib Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Jeffrey Young Ahmad dan Pegawai Yayasan Negeri Sembilan, Encik Farman Othman.

Show More

Related Articles

Back to top button