Aktiviti

Gemas: Hasan dan Siti Aishah santuni pesakit kronik

GEMAS: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Dr.Hasan Baharom bersama Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah menziarahi seorang pesakit jantung, Encik Lai, 60,
di Kampung Tiong.

“Lai baru pulang dari Institut Jantung Negara setelah menjalani pembedahan jantung.Seterusnya kami menziarahi Encik Mohamed A Samad, 78, di Taman Sentosa yang cedera akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini.

“Kami menghulurkan sumbangan kewangan kepada dua warga emas ini untuk meringankan beban mereka,” kata Hasan dan Siti Aishah.

Sementara itu, Siti Aishah mengadakan program ‘Ziarah Kasih’ menyantuni 10 pesakit kronik di Felda Jelai 4, Taman Gemas Indah dan Kuarters KTMB.

“Saya sempat menziarahi 10 individu yang berpenyakit kronik, uzur dan sakit terlantar

“Saya menyerahkan summbangan kewangan dan buah-buahan kepada pesakit ini,” Ujar Siti Aishah.

Siti Aishah berkata, sekiranya ada sesiapa yang mengetahui tentang pesakit yang memerlukan bantuan, mereka dinasihatkan memaklumkan kes tersebut kepada MPKK setempat.

“Insyah Allah Pejabat Penyelaras DUN Gemas akan membantu mengikut kemampuan dan keperluan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button