Aktiviti

Gemas: Keluarga kuarantin Covid-19 dapat bantuan Rusnani

GEMAS: Dua keluarga yang dikuarantin akibat kes Covid -19 di Gemas mendapat perhatian Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring.

Rusnani berkata, tujuan sumbangan ini adalah bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga yang dikenakan perintah kuarantin sehingga menyebabkan pergerakan yang terhad untuk mendapatkan bekalan makanan asas.

“Saya menyerahkan sumbangan barangan asas seperti beras, kicap, susu, sardin, gula, tepung, kopi, minyak masak, bawang, telur dan biskut.

“Manakala Pejabat Daerah Kecil Gemas pula menyumbang barangan basah seperti ayam, ikan, sotong, mee kuning, roti dan pelbagai jenis sayur-sayuran.

“Diharapkan semoga dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu dua keluarga ini yang terkesan dalam melalui proses kuarantin tersebut.

“Diharapkan agar semua warga Gemas terus tabah ,berhati-hati dan sentiasa mengamalkan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mencegah penularan Covid -19,” kata Rusnani.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Gemas, Puan Suriani Salihan; Pengerusi MPKK Kampung Ladang, Encik Ahmad Hamidi Seman; Ahli Jawatankuasa Biro Wanita MPKK Kampung Bangkahulu, Puan Faizah dan petugas Pejabat Daerah Kecil Gemas.

 

Show More

Related Articles

Back to top button