Berita

GEMAS: Operasi sanitasi di 15 kawasan perumahan selesai

GEMAS: Operasi sanitasi awam nyah kuman di 15 kawasan perumahan di DUN Gemas selesai malam kelmarin.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Othman@Seman berkata, operasi sanitasi awam nyah kuman di 15 kawasan perumahan di DUN Gemas dijalankan selama dua hari berturut-turut.

“Kawasan perumahan yang telah disanitasi ialah Kampung Baru Gemas, Kampung Bukit Masjid, Kampung Gemas Indah, Kampung Sri Gemas, Kampung Bangkahulu, Kampung Ladang, Kampung Ulu Ladang, Kampung Londah, Felda Jelai 1,2,3 dan 4, Felda Pasir Besar, Kampung Pasir Besar dan Kampung Kurnia Diraja.

“Operasi ini dijalankan dengan kerjasama Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Dr.Hasan Bahrom dan sebagai salah satu langkah pencegahan memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

“Terima kasih kepada Unit Tindak DAP Tampin, Bomba dan Penyelamat Gemas, semua MPKK dan JKKR yang terlibat penuh dalam menjayakan operasi ini,” ujar Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button